Catatan

Kanser punca kematian kedua tertinggi di Malaysia

Imej
Setiap orang perlu peka terhadap sebarang perubahan atau gejala, berikutan keadaan terkini menunjukkan kanser boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Lebih membimbangkan, perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan kira-kira 70 peratus penduduk negara berpendapatan rendah dan sederhana, terdedah pada risiko kanser dengan peningkatan 60 peratus dalam tempoh 20 tahun. Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati, satu daripada empat penduduk berisiko menghidap kanser pada usia 75 tahun, sekali gus menjadikan kanser punca kedua tertinggi kematian negara ini. “Ramai tidak mengambil berat mengenai gejala awal kanser dan hanya mendapatkan rawatan apabila sudah kritikal, kerana beranggapan mereka tidak mempunyai risiko atau tiada anggota keluarga menghidap penyakit kronik. “Sebenarnya, 30 hingga 50 peratus daripada kanser boleh dicegah. Misalnya, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, berat badan ideal atau memperbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, senaman dan menghent...